Salam ukhwah, selamat datang ke blog saya, semoga hidup kita sentiasa dirahmati Allah selalu,Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain....

Salam ukhwah

Sepintas lalu

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru atau lebih dikenali dengan nama SRAB JB telah ditubuhkan pada tahun 1999 bertempat di Jalan Kerambit, Taman Sri Tebrau. Memulakan operasi dengan hanya dua bilik darjah iaitu seramai 80 orang murid Tahun 1, tenaga pengajar SRAB JB mengorak langkah sebagai satu institusi pendidikan alternatif kepada ibu bapa dan penjaga yang menginginkan perkembangan anak-anak dari aspek duniawi dan ukhrawi yang digarap dalam satu corak pendidikan yang bersepadu.

Disebalik tabir

Wednesday, October 14, 2009

Sejarah Sekolah SRAB

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru atau lebih dikenali dengan nama SRAB JB telah ditubuhkan pada tahun 1999 bertempat di Jalan Kerambit, Taman Sri Tebrau. Memulakan operasi dengan hanya dua bilik darjah iaitu seramai 80 orang murid Tahun 1, tenaga pengajar SRAB JB mengorak langkah sebagai satu institusi pendidikan alternatif kepada ibu bapa dan penjaga yang menginginkan perkembangan anak-anak dari aspek duniawi dan ukhrawi yang digarap dalam satu corak pendidikan yang bersepadu.

Pada awal penubuhannya, SRAB JB beroperasi dengan hanya menggunakan sebuah bangunan sahaja. Jabatan Agama Johor telah mengambil alih sekolah tersebut untuk dinaikkan taraf dari segi prasarana asas sesebuah sekolah rendah. Walaupun terdapat beberapa kekurangan diawal penubuhannya, berkat usaha guru-guru yang penuh iltizam dan pemantauan berkala dari pihak Jabatan Agama Johor dan Jabatan Pelajaran Johor, SRAB JB telah dikenali sebagai institusi pendidikan pilihan bagi ibu bapa dan penjaga sekitar Johor Bahru. Ini terbukti dengan pertambahan jumlah permohonan untuk kemasukan setiap tahun melalui ujian kelayakan yang diadakan.

Jabatan Agama Johor begitu mengambil berat tentang segala masalah yang dihadapi oleh SRAB JB. Berikutan dengan pertambahan kemasukan murid ke sekolah ini, Jabatan Agama Johor telah mengmbil langkah untuk menambah bangunan yang menempatkan pejabat, bilik guru, bilik darjah, perpustakaan, bilik sains, bilik komputer dan bilik mesyuarat sekolah. Usaha telah dimulakan pada pertengahan tahun 1999. Pada tahun 2001, berdirilah bangunan setinggi tiga tingkat yang menelan belanja sebanyak RM1.6 juta. Bangunan indah ini mula digunakan pada awal tahun 2002.

Dengan pertambahan jumlah murid, maka jumlah guru juga telah bertambah dari masa ke semasa. Sebilangan besar guru berkelulusan Diploma Perguruan Malaysia, Sijil Perguruan Malaysia dan Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Guru-guru ini dipilih berdasarkan pencapaian akademik dan komitmen yang tinggi bagi memastikan objektif dan matlamat SRAB JB dicapai selars dengan arus perkembangan pendidikan pada masa kini.
SRAB JB telah mempamerkan satu corak pengurusan pendidikan yang unik. Ini dibuktikan melalui Tabung Program Pelajar (TPP), Progam Solat Jumaat, Kelas Iqra’ dan berbagai program lain yang jauh berbeza dengan sekolah-sekolah yang sedia ada. Ia adalah hasil gabungan idea dan usaha guru-guru SRAB JB yang sentiasa memikirkan hal yang terbaik bagi sekolah.

Bermottokan “BERILMU, BERAMAL DAN BERTAWAKAL” dan membudayakan “AKHLAK DIGILAP ILMU DIGARAP” SRAB JB terus menyinar sebagai sebuah institusi pendidikan cemerlang, gemilang dan terbilang yang sentiasa menitik beratkan perkembangan jasmani dan rohani pelajar secara menyeluruh dan bersepadu selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

8 comments:

Yang Ikhlas Tapi Jauh said...

Salam Ukhwah,

Menarik sejarah sekolah ini. Cuma perlu ditambah lagi tentang pencapaian akedemik, ko-kurikulum, visi dan misi, carta organisasi, latar belakang guru, gambar pelajar dan sebagainya.

Anonymous said...

sekolah srabjb menuju zaman gemilang dr tahun 1999 hingga 2008.tapi sayangnya zaman itu sudah hnya tinggal kenangan....segala asas infrastrukturnya x di jaga dan terbiar...dan x dpt gunakan oleh pelajar spt..bilik komputer...bilik air yg dh rosak...kawasan sekolah yg kotor x terjaga...tiada keceriaan lg di mata ibubapa dan pelajar...konsep pendidikan duniawi dan ukhrawi..sudah jauh menyimpang...ini berpunca dr sikap peminpin srabjb yg tiada pendidikan tinggi..dan kurang kretive dan inovasi....YA ALLAH SELAMATKAN SRABJB...amin...

AYU RAUDAH said...

SRABJB INDAH KHABAR DARI RUPA.......ALLAHUAKBAR....

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR....

YA ALLAH..BUKAKAN LA HATI DAN MINDA GURU-GURU SRABJB AGAR MENJADI GURU YANG BERIMAN DAN BERPEGANG KEPADA AJARAN MU YA ALLAH...BUANGKAN SIFAT EGO DAN KHIANAT YG ADE PD MEREKA....JAUHILAH MEREKA DARI FITNAH DAN SIKAP KEPURA-PURAAN YG DI BAWA OLEH GURUBESAR( DAJAL ) MEREKA..AMIN.....YA RABAL..ALAMIN...

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM......................... KEPADA SEMUA GURU-GURU YANG TELAH MENDIDIK SAYA DARI DARJAH 1 HINGGA DARJAH ENAM.SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA TELAH MENDIDIK SAYA DAN MEMBERI SAYA ILMU YANG SELAMA INI SAYA TIDAK TAHU.AKHIR SEKALI SAYA BERHARAP SEKOLAH INI AKAN KEKAL SEBAGAI SEKOLAH YANG BAGUS.INI KOMEN DARI MUHAMMAD DANIAL BIN MOHD JOHAN DAN AHMAD AMMAR KHAN BIN ZAINALABADIN KHAN. ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKABAR DAN SELAMAT HARI GURU

Anonymous said...

kpd sume ckgu yang tlh mengajar sy di kls 1b,2m,3m dan 4m..thank u vry much

Anonymous said...

dengan menjelangnya bulan ramadhan al mubarak.. Ya Allah.bersihkan hati dan sanubari guru2 srabjb..dari sifat2 dengki,kianat.dan egois...amin

Anonymous said...

Respect and I have a keen supply: What To Expect When Renovating A House house renovation

Post a Comment