Salam ukhwah, selamat datang ke blog saya, semoga hidup kita sentiasa dirahmati Allah selalu,Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain....

Salam ukhwah

Sepintas lalu

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru atau lebih dikenali dengan nama SRAB JB telah ditubuhkan pada tahun 1999 bertempat di Jalan Kerambit, Taman Sri Tebrau. Memulakan operasi dengan hanya dua bilik darjah iaitu seramai 80 orang murid Tahun 1, tenaga pengajar SRAB JB mengorak langkah sebagai satu institusi pendidikan alternatif kepada ibu bapa dan penjaga yang menginginkan perkembangan anak-anak dari aspek duniawi dan ukhrawi yang digarap dalam satu corak pendidikan yang bersepadu.

Disebalik tabir

Wednesday, October 14, 2009

Piagam Pelanggan

KAMI DENGAN PENUH TEKUN DAN TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :-

Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu murid, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.

Memastikan staf berdedikasi, komited, bertanggungjawab, berdisiplin dan produktif.

Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama sekolah.

Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.

Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada ibu, bapa, penjaga, masyarakat dan negara.

Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

Menentukan urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dengan tindakan segera, lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.

Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment