Salam ukhwah
Sepintas lalu
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru atau lebih dikenali dengan nama SRAB JB telah ditubuhkan pada tahun 1999 bertempat di Jalan Kerambit, Taman Sri Tebrau. Memulakan operasi dengan hanya dua bilik darjah iaitu seramai 80 orang murid Tahun 1, tenaga pengajar SRAB JB mengorak langkah sebagai satu institusi pendidikan alternatif kepada ibu bapa dan penjaga yang menginginkan perkembangan anak-anak dari aspek duniawi dan ukhrawi yang digarap dalam satu corak pendidikan yang bersepadu.
Disebalik tabir
Tuesday, December 15, 2009
Pengungsian Bangunan
Pada bulan 17 Ogos 2009 yang lalu, satu Program Keselamatan telah dijalankan di antara pihak pengurusan sekolah dan juga pihak keselamatan dari Bomba Johor Bahru. Pihak guru dan pelajar berpeluang untuk mencuba dan mempraktikkan beberapa cara dan langkah keselamatan yang telah dipelajari sepanjang program, majlis berakhir dengan amali perjalanan dan langkah yang perlu diambil apabila kejadian yang tidak diingini berlaku. Majlis berakhir pada jam 1.00 tengahari.
2 comments:
Salam Cikgu,
Tahniah kerana mengambil inisitif memperkenalkan SRAB.
Saya ingin cadang cikgu wujudkan juga forum dimana guru, ibubapa dpt berinteraksi spt e-group atau club di FB.
Saya setuju dengan pendapat ini..set up the Fan SRAB Club in FaceBook
Post a Comment