Salam ukhwah, selamat datang ke blog saya, semoga hidup kita sentiasa dirahmati Allah selalu,Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain....

Salam ukhwah

Sepintas lalu

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru atau lebih dikenali dengan nama SRAB JB telah ditubuhkan pada tahun 1999 bertempat di Jalan Kerambit, Taman Sri Tebrau. Memulakan operasi dengan hanya dua bilik darjah iaitu seramai 80 orang murid Tahun 1, tenaga pengajar SRAB JB mengorak langkah sebagai satu institusi pendidikan alternatif kepada ibu bapa dan penjaga yang menginginkan perkembangan anak-anak dari aspek duniawi dan ukhrawi yang digarap dalam satu corak pendidikan yang bersepadu.

Disebalik tabir

Tuesday, December 15, 2009

Pengungsian Bangunan




Pada bulan 17 Ogos 2009 yang lalu, satu Program Keselamatan telah dijalankan di antara pihak pengurusan sekolah dan juga pihak keselamatan dari Bomba Johor Bahru. Pihak guru dan pelajar berpeluang untuk mencuba dan mempraktikkan beberapa cara dan langkah keselamatan yang telah dipelajari sepanjang program, majlis berakhir dengan amali perjalanan dan langkah yang perlu diambil apabila kejadian yang tidak diingini berlaku. Majlis berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Lawatan Kerja



Pada bulan Julai yang lalu, sekolah telah menerima kunjungan kerja daripada beberapa pihak daripada Jabatan Agama Johor. Lawatan kerja ini bertujuan untuk memastikan kelancaran perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan. Lawatan ini juga membuktikan bahawa keprihatinan pihak jabatan memastikan hubungan yang baik antara pihak pengurusan sekolah dan pihak jabatan. Turut serta dalam majlis ini, YB Dato' Hj Zainal Abidin Bin Othman, Pengerusi Hal Ehwal Agama Negeri Johor.

Thursday, October 15, 2009

Lencana Sekolah


Makna Disebalik Lambang SRAB Johor Bahru :-
SRAB bermakna pembuka cita-cita dan perkaitan guru-guru, murid-murid dan ibu bapa khususnya mempertingkatkan kecemerlangan, menyadurkan ketakwaan dan keimanan.

-Warna putih melambangkan kesucian.
-Warna kuning melambangkan keagamaan.
-Warna biru melambangkan ketenangan.
-Warna hijau melambangkan kesejahteraan.
-Gambar buku melambangkan kesepaduan di antara KBSR dan KBSA.
-Bulatan melambangkan tekad yang bulat
-Enam penjuru atas melambangkan enam Rukun Iman perlu diimani.
-Lima ruang tengah melambangkan lima Rukun Islam perlu dihayati.
-Satu penjuru bawah melambangkan satu matlamat iaitu hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.

Wednesday, October 14, 2009

Lagu Sekolah




Matlamat Sekolah

Melahirkan murid yang berpengetahuan, berkemahiran, bermaklumat dan menguasai operasi minda.

>> Melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang :-
-Akademik
-Ko-kurikulum
-Disiplin
-Moral
-Kepimpinan
-Jasmani, rohani, emosi dan intelek

>>Melahirkan murid yang bertanggungjawab, bekerjasama dan membentuk fikiran yang rasional.

>>Mewujudkan suasana kekeluargaan dan semangat kekitaan.

>>Memupuk semangat belajar tinggi.

>>Mewujudkan suasana alam sekeliling yang bersih, cantik dan sihat.

>>Menyedarkan faedah perasaan dan nilai kemanusiaan.

>>Menyedari, memahami dan menghayati norma-norma nilai murni.

>>Membentuk murid supaya menjadi insan kamil lagi syamil.

Objektif Sekolah

Dengan adanya komitmen guru-guru sekolah akan :-

>>Memastikan pencapaian UPSR ke tahap 90%.

>>Memastikan 5 orang murid Tahun 3 cemerlang dalam penilaian Tahap Satu.

>>Memastikan semua aktiviti kurikulum terurus dengan sempurna dan berjalan mengikut jadual / takwim.

>>Menentukan semua kakitangan akademik mematuhi etika kecemerlangan, etika profesionalisme dan peka terhadap perkembangan teknologi maklumat dan reformasi pendidikan.

>>Menyediakan segala keperluan untuk memastikan wujudnya peningkatan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

>>Memastikan kebajikan dan keselamatan murid terkawal.

>>Mewujudkan iklim sekolah yang ceria, bersih dan sihat.

>>Melaksanakan sebaik mungkin program pendemokrasian pendidikan.

Melahirkan murid yang patuh kepada peraturan sekolah, berbudi bahasa dan menghormati semua individu.

Piagam Pelanggan

KAMI DENGAN PENUH TEKUN DAN TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :-

Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu murid, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.

Memastikan staf berdedikasi, komited, bertanggungjawab, berdisiplin dan produktif.

Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama sekolah.

Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.

Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada ibu, bapa, penjaga, masyarakat dan negara.

Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

Menentukan urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dengan tindakan segera, lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.

Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

Visi dan Misi

Visi

Mendidik murid-murid supaya cemerlang dalam pelbagai aspek untuk memenuhi aspirasi Negara dan mencapai matlamat Wawasan 2020.

Misi

Memberi pendidikan yang berkualiti berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara kepada setiap individu (murid) secara menyeluruh dan bersepadu bagi memenuhi aspirasi masyarakat.

Sejarah Sekolah SRAB

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru atau lebih dikenali dengan nama SRAB JB telah ditubuhkan pada tahun 1999 bertempat di Jalan Kerambit, Taman Sri Tebrau. Memulakan operasi dengan hanya dua bilik darjah iaitu seramai 80 orang murid Tahun 1, tenaga pengajar SRAB JB mengorak langkah sebagai satu institusi pendidikan alternatif kepada ibu bapa dan penjaga yang menginginkan perkembangan anak-anak dari aspek duniawi dan ukhrawi yang digarap dalam satu corak pendidikan yang bersepadu.

Pada awal penubuhannya, SRAB JB beroperasi dengan hanya menggunakan sebuah bangunan sahaja. Jabatan Agama Johor telah mengambil alih sekolah tersebut untuk dinaikkan taraf dari segi prasarana asas sesebuah sekolah rendah. Walaupun terdapat beberapa kekurangan diawal penubuhannya, berkat usaha guru-guru yang penuh iltizam dan pemantauan berkala dari pihak Jabatan Agama Johor dan Jabatan Pelajaran Johor, SRAB JB telah dikenali sebagai institusi pendidikan pilihan bagi ibu bapa dan penjaga sekitar Johor Bahru. Ini terbukti dengan pertambahan jumlah permohonan untuk kemasukan setiap tahun melalui ujian kelayakan yang diadakan.

Jabatan Agama Johor begitu mengambil berat tentang segala masalah yang dihadapi oleh SRAB JB. Berikutan dengan pertambahan kemasukan murid ke sekolah ini, Jabatan Agama Johor telah mengmbil langkah untuk menambah bangunan yang menempatkan pejabat, bilik guru, bilik darjah, perpustakaan, bilik sains, bilik komputer dan bilik mesyuarat sekolah. Usaha telah dimulakan pada pertengahan tahun 1999. Pada tahun 2001, berdirilah bangunan setinggi tiga tingkat yang menelan belanja sebanyak RM1.6 juta. Bangunan indah ini mula digunakan pada awal tahun 2002.

Dengan pertambahan jumlah murid, maka jumlah guru juga telah bertambah dari masa ke semasa. Sebilangan besar guru berkelulusan Diploma Perguruan Malaysia, Sijil Perguruan Malaysia dan Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Guru-guru ini dipilih berdasarkan pencapaian akademik dan komitmen yang tinggi bagi memastikan objektif dan matlamat SRAB JB dicapai selars dengan arus perkembangan pendidikan pada masa kini.
SRAB JB telah mempamerkan satu corak pengurusan pendidikan yang unik. Ini dibuktikan melalui Tabung Program Pelajar (TPP), Progam Solat Jumaat, Kelas Iqra’ dan berbagai program lain yang jauh berbeza dengan sekolah-sekolah yang sedia ada. Ia adalah hasil gabungan idea dan usaha guru-guru SRAB JB yang sentiasa memikirkan hal yang terbaik bagi sekolah.

Bermottokan “BERILMU, BERAMAL DAN BERTAWAKAL” dan membudayakan “AKHLAK DIGILAP ILMU DIGARAP” SRAB JB terus menyinar sebagai sebuah institusi pendidikan cemerlang, gemilang dan terbilang yang sentiasa menitik beratkan perkembangan jasmani dan rohani pelajar secara menyeluruh dan bersepadu selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.